Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

31 Ogo 2022

Majlis Akikah di Bangi

menghadiri jemputan akikah dan kesyukuran buat anak Mohd Noor Adzwan, bekas pensyarah UNITAR bagi program kewangan...



28 Ogo 2022

Beast

Veera Raghavan (Thalapathy Vijay) ialah ejen RAW... dia bekerja dalam misi khas di POK... tetapi, disebabkan insiden yang menyayat hati, dia dibebaskan daripada RAW...

kemudian, dia menyertai perkhidmatan keselamatan... perkhidmatan keselamatan mendapat projek untuk bekerja di pusat membeli-belah Chennai, dan seluruh pasukan beralih ke sana... 

tidak lama kemudian, pengganas merampas pusat beli-belah dan menjadikan orang ramai sebagai tebusan bagi menuntut pembebasan ketua mereka...

apakah yang akan berlaku? adakah Veera menyelamatkan ke semua tebusan tersebut?




Villa Warisan Klang

2H1M Hari Keluarga (Sabtu 27hb - Ahad 28hb), cuma 6 keluarga sahaja di Klang...


budak-budak memang kat kolam renang ja... sampai ja, terus mandi sampai pukul 6 petang...




bapa-bapa sediakan juadah barbeque...


solat Maghrib berjamaah, baca ratib Al-Attas...


menikmati juadah barbeque... buat surprise birthday kat Fagih & Yusof, memang dah pun bincang buat kat sini...


budak-budak sambung mandi lagi sampailah pukul 10 malam... layan perlawanan Liverpool, hujan pulak tu... berborak lagi... esoknya keluar beli sarapan pagi di Roti Canai Sedap Kampung Celik... budak-budak apa lagi, lepas Subuh terus mandi kolam...





Liverpool 9 - 0 Bournemouth


 

26 Ogo 2022

Group Legends

completed MBA Project Paper report title A Study on Factors that Impacting Job Satisfaction on IT Industry in Cyberjaya submission... group members - David Arul, Humadevi, Vasanthi, Revathi and Hemaraj...


23 Ogo 2022

Farm Fresh @ UPM

hari ni, pelajar saya mengelola lawatan sambil belajar ke Farm Fresh di UPM... 





Manchester United 2 - 1 Liverpool

 


21 Ogo 2022

Laal Singh Chaddha

Laal Singh Chadha (Aamir Khan) seorang lelaki mempunyai IQ yang rendah dan oleh itu, dia menjadi bahan ejekan di sekolah... tetapi Rupa Dsouza (Hafsa Ashraf), rakan sekelasnya menjadi kawan rapatnya... Laal jatuh cinta dengannya serta-merta... Rupa hanya suka Laal sebagai kawan dan jatuh cinta dengan Harry (Guneet Singh Sodhi), membuat beliau kecewa... Laal memutuskan menyertai tentera...

semasa latihan, dia berkawan dengan Bala (Naga Chaitanya)... nenek moyangnya pernah memberitahu bentuk pakaian dalam untuk lelaki menjadi impian mereka dan Laal memulakan perniagaan pakaian itu... Bala menjadi sangat rapat sehingga dia menawarkan Laal perkongsian dalam perniagaan masa depannya... Laal menerimanya... malangnya, Perang Kargil meletus pada tahun 1999 dan Bala meninggal dunia... apakah yang akan berlaku seterusnya?




20 Ogo 2022

Viruman

Muthupandi (Prakash Raj) ialah seorang ahli politik... dia sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak lelaki... Muthupandi bertanggungjawab atas kematian isterinya, Muthulakshmi (Saranya Ponvannan) yang membunuh diri... 

mengetahui perkara ini, anaknya yang bongsu Viruman (Karthi) tidak mahu tinggal bersama bapanya kerana benci terhadap Muthupandi dan tinggal bersama pakciknya Niraipandiyan Thevar (Rajkiran)... sejak itu, sentiasa ada saingan antara mereka berdua... Viruman mahu membunuh bapanya yang menyebabkan ibunya mati...

adakah Viruman dapat membunuh bapanya? apakah yang akan berlaku?




Majlis Pertunangan Abd Qayyum Al-Attas

majlis berlangsung di Taman Impian Kuala Kangsar... 






19 Ogo 2022

Group One Step Higher

completed MBA Project Paper report title Digital Marketing using Facebook (FB) as a Platform for SME Business in Puchong, Selangor, Malaysia submission... group members - Javanesan, Kasinathan, Sharmila, Monissa & Lorna...


Group Skyline

completed MBA Project Paper report title Factor Affecting Consumer Buying Behaviour of Smart Phones in Petaling Jaya submission... group members - Francine, Adrian, Chan, Imran & Jake...




17 Ogo 2022

Projek Semarak Merdeka SRITI

hari ni Abyana meraikan projek semarak Merdeka di komuniti Dataran Suria... aktiviti kokurikulum ini dapat menghidupkan semangat nasionalisme dalam diri mereka serta meningkatkan kesedaran bulan Kemerdekaan...




16 Ogo 2022

CEO Conversation

habis ja fitness, terus join CEO Conversation ni...


Bangsawan Fitness

masa untuk fitness sentiasa diisi minima sekali seminggu... sekarang ni, Bangsawan Fitness ja jadi pilihan, sebab kelengkapan baru belaka... 

Liverpool 1 - 1 Crystal Palace

 

14 Ogo 2022

Bullet Train

Ladybug (Brad Pitt) pembunuh bernasib malang bertekad untuk melakukan tugasnya dengan sempurna selepas terlalu banyak kali gagal... 

nasib bagaimanapun mungkin mempunyai rancangan lain, kerana misi terbaharu Ladybug meletakkannya di laluan perlanggaran dengan musuh yang membawa maut dari seluruh dunia dan semuanya dengan objektif saling berkaitan..



Perkhidmatan Bas

semenjak kematian pengusaha bas yang dilantik SMADATA, kini cuma disediakan bas dari SMADATA ke Seremban atau Kajang sahaja... untuk pulang ke SMADATA tidak disediakan... mujurlah ada ibu bapa (anaknya tingkatan 4) yang mengusahakan perkhidmatan bas ke SMADATA... bagi Azim Danial pendedahan awal mengenai perkhidmatan bas ni... kami hantar ke Taman Medan PJ sahaja... hentian ambil pelajar di Tol Sungai Besi, Nilai, Seremban dan terus ke SMADATA... 

13 Ogo 2022

MAHA 2022

 


hari ni berkesempatan ke MAHA 2022... ikut laluan LDP - UPM - Pintu 2 MAEPS... bayar RM5 per entry (touch & go), parking dekat pintu masuk berdekatan Surau... 



12 Ogo 2022

Seremban ke Puncak Alam

hari ni bagi pengalaman kat Azim balik rumah menaiki keretapi... bermula Komuter Seremban ke Komuter KL Sentral... LRT KL Sentral ke LRT Taman Bahagia... Bas PJ03 ke UNITAR... naik motor ke Puncak Alam... cuma Komuter hari ni ada masalah teknikal, pintu tak boleh buka bermula di Seputeh... penumpang terpaksa turun dan naik melalui pintu pemandu... kelewatan selama 1 jam ke Komuter KL Sentral...