Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

31 Mac 2018

Star Cruise: Pulau Pinang

hari ni kami berlabuh di Pulau Pinang pada pukul 9:30 pagi... tempat kebiasaan, cuma jalan-jalan ja... cucu datang melawat kawasan bersama pensyarah & pelajar UNITAR...

 

30 Mac 2018

Star Cruise: Phuket

hari ni kami berlabuh di Phuket pada pukul 9:30 pagi... kami ikuti trip jelajah Phuket di bawah pakej yang disediakan... makan tengahari kami di Star Cruise, kemudian kami habiskan masa kami di Pantai Pa Tong... 


malam ni kami ada Gala Dinner bersama Kapten Star Cruise... kena pakai formal... yang penting semua pelajar gembira...

29 Mac 2018

Star Cruise: Langkawi

hari ni kami berlabuh di Langkawi pada pukul 10 pagi... terus terang makanan di Star Cruise terbaik... disediakan untuk sarapan pagi, sarapan tengahari, sarapan petang, sarapan malam & sarapan tengah malam... aktiviti di dalam Star Cruise menarik, memang tak bosan langsung...


apapun pagi-pagi Abyana & Azim sedih sebab Walid dia tak ada kat rumah... isteri hantar ke sekolah, muka pakat masam belaka... anak Walid kan... dapat dengar suara pun jadi la...

28 Mac 2018

Star Cruise: Port Klang

bermulanya perjalanan kami dari Port Klang menuju ke Langkawi...




5H4M Edutrip Star Cruise

terima kasih Schazwan Sharupidin atas semua aturan untuk EduTrip, graduan pelajar Bachelor of Hospitality Management kami... terbaik...




23 Mac 2018

Kicauan Burung

kicauan burung di pagi Jumaat... cuma peminat burung sahaja yang tahu jenis-jenis burung ini...

22 Mac 2018

Restoran Abe 'J'

makanan kat sini memang terbaik, terletak di Kuala Rompin... terpaksa makan sikit-sikit, slow & steady... mana taknya, gigi punya pasal...









Keindahan Alam Semulajadi

Suasana di pagi hari Lanjut Beach & Golf Resort...


20 Mac 2018

Cabut Gigi

Alkisah, cabut gigi bongsu atas kanan hari ni... selama 24 jam kena jaga elok2 untuk hentikan pendarahan... lauk pauk terhidang, tengok je la... juadahku cuma bubur... lepas ja waktu pantang, dah boleh la skit2 makan tapi kena slow2, mamah sebelah ja... be strong!!!

18 Mac 2018

Puncak Syukur Football Club

Azim training bersama Haziq di padang Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Cherakah di bawah kendalian jurulatih Puncak Syukur FC...




16 Mac 2018

Melawat Dekan

singgah sebentar melawat Dr Muhamad Naim di Hospital... 

11 Mac 2018

UNITAR Staff Club Bowling Tournament 2018

mulanya letak nama group FCT... bila tengok team lain guna nama canggih2, kami pun minta tukar nama group Osah Handarr... masa hari pertandingan, keluar nama group Keluarga 69...  team kami terdiri dari Amri, Asra Zaliza, Shahril Yusoff, & Norazlita... sungguh tak disangka, Keluarga 69 mendapat tempat kedua daripada 18 pasukan bertanding... tak lupa wakil FCT yang diimport ke pasukan lain - Tengku Mohd Sallehuddin, Wan Eddie & Azrin... bagi jatuhan pin terbanyak kategori wanita, tertinggi adalah Asra Zaliza & ketiga Azrin...