Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

30 Apr 2023

Ziarah Kubur Abg Mohsin

Alhamdulillah, selesai ziarah kubur BgChin... persemadian di lot no P9-3-0771 Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL...

Beraya 30-Apr

 Rumah Nde Zerma di Batu 5


Rumah Ami Mohd di PPR Laksamana


Rumah Kak Da di Jalan Budiman 2 Cheras

Cuci Kereta

asyik cuci kereta sendiri ja, kali ni cuci kereta isteri pulak...







27 Apr 2023

West Ham 1 - 2 Liverpool

 West Ham - Paquetá 12'

Liverpool - Gakpo 18', Matip 67'

24 Apr 2023

Beraya di Jerang

hari ni 5 kereta sahaja yang beraya di Jerang - kereta saya, kereta Helmi, kereta Ali, kereta Feisal dan kereta Ibrahim... 




beraya di rumah Tok jamu laksa, rumah Tok Sepiah jamu ikan patin tempoyak, rumah Ami Mat Satay jamu nasi lemak, rumah Ami Mat Sofea jamu kuih muih, rumah ayah Nde Nini jamu nasi kambing...

Coach Malaysia Gitu

ini adalah biras saya, Syed Ibrahim Al-Yahya... semenjak Kim Pan-Gon jadi Coach Malaysia, ada la mirip-mirip, tapi biras saya lagi handsome hehehe


23 Apr 2023

Beraya Simpang Durian

hari raya kedua sememangnya rumah terbuka kat sini... saudara mara semua akan berkumpul di sini... menu tradisi adalah Soto Ayam dicampur Nasi Lemak KNgah, rendang, serunding, lemang, nasi impit, kuah kacang dsbnya... memandangkan tahun ni ramai beraya di rumah mertua masing-masing, jadi tradisi bagi duit raya diadakan setelah selesai semua tetamu pulang...




Alor Setar ke Simpang Durian

lepas sahaja solat Subuh berjamaah dengan Walid Umi, terus ja bersiap untuk perjalanan ke Simpang Durian Jelebu... isi minyak di Caltex Jalan Sultanah, bermula tol Alor Setar Utara pada pukul 7 pagi... berehat sebentar di RR Gunung Semanggol untuk sarapan pagi... Alhamdulillah selamat sampai di BPA pukul 12:30 tengahari... jalanraya hari ni lancar, cuma laluan ke utara sahaja mengalami kesesakan... 

berehat sebentar di rumah, tukar baju, start enjin kereta dan motor, pukul 1 terus gerak ke Simpang Durian, ikut laluan Elite... cuma kesesakan bermula dari Bukit Tangga menurun, ini adalah kerana dari 2 lorong menjadi 1 ke laluan kampung menuju Kelawang... 20 minit juga la sangkut... mujur la di pekan Kelawang, pihak Rela dan PDRM membantu... 

laluan Kelawang - Simpang Pertam dah ok, cuma kelajuan boleh ke maksima 70 sahaja... kereta banyak... sekali ada la kereta kat belakang ni WVC5985 asyik cucuk belakang ja... saya tak kisah, kalo nak potong, saya akan perlahankan kereta, biarkan dia potong, tapi kereta ni teragak-agak pula nak potong... sekali, kereta belakang dia WJT1091 potong la kiri... dah sedar yang belakang ni nak potong, kereta belakang ni tak bagi laluan... kan dah berlaku kemalangan... satu hal pulak nak keluar duit untuk baiki kereta... niat nak berhari raya, kan dah jadi masalah...


saya tak berhenti pun, teruskan perjalanan ke Simpang Durian... morale of the story - buang ego ketika di jalanraya.... tak rugi pun kalo mengalah... 

Liverpool 3 - 2 Nottingham Forest

 Liverpool - Jota 47' 55', Mo Salah 70'

Nottingham Forest - Williams 51', Gibbs-White 67'

22 Apr 2023

Ziarah Kubur Mak

lepas sahaja bergambar di perkarangan Masjid Al-Bukhary, kami terus ke tapak perkuburan, semestinya kubur arwah Mak yang tercinta, Che Mariam Ahmad... 




Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, maafkan segala dosa Mak, lapangkan kubur Mak, terangkan kubur Mak, kasihilah Mak sepertimana Mak mengasihani diriku dari dalam kandungan, dari zaman bayi, kanak-kanak, dewasa, hinggalah ke akhir nyawanya... sesungguhnya Mak adalah ibu terbaik bagi diriku... Ya Allah, permudahkan perjalanan Mak ketika dibangunkan kelak hingga menuju ke Masyar-Mu... Ya Allah, beratkan timbangan pahala ke atas Mak hingga Mak dapat menuju ke syurga-Mu, dipimpin oleh datuk kami Rasullulah SAW 🤲

Masjid Al-Bukhary

selesai bawa Walid Umi beraya, terus hantar ke rumah... Walid dah tak larat, nak berehat... kami terus ke Masjid Al-Bukhary untuk gambar keluarga kenangan untuk Aidilfitri tahun 2023...


















Rumah Dato' Syed Mansor Barakbah

anak-anak Dato' Syed Mansor Barakbah kira pangkat kakak, abang, adik dengan saya... 











jumpa Kak Maznah (Datuk Sharifah Maznah), adik kepada Dato' Syed Mansor... anak dia Megat Shahril Rezal dulu main bola dan futsal sekali... lama-lama baru tau, saya pangkat Ami hehehe