Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

22 Apr 2023

Solat Sunat Aidilfitri

Alhamdulillah, dapat melaksanakan solat sunat Aidilfitri di Surau Al-Falah Taman Jaya... surau yang membawa banyak kenangan masa zaman kanak-kanak hinggalah dewasa... 






berkesempatan melaungkan takbir raya Aidilfitri di surau ni... khutbah disampaikan oleh Dato' Hassan, bekas pengetua saya KSAH dulu...


khutbah disampaikan oleh Dato' Hassan (pengetua saya dulu masa di KSAH)... mesej yang dapat disampaikan adalah mengenai pulang berhari raya dengan ibu bapa... itulah keutamaannya... senang cerita, yang mana masih ada ibu bapa, ambillah kesempatan berpuasa, bertarawih, menghidupkan malam Aidilfitri, beraya bersama ibu bapa... sehebat manapun kita, sekaya mana pun kita, kita tetap dipandang hina oleh Allah SWT kerana kita mengabaikan ibu bapa... bila ibu bapa dah tiada lagi, kita akan kehilangan keberkatan dari ibu bapa... ingatlah, ibu bapa berkorban untuk kita, bagi memastikan kejayaan kita... Allah SWT tak akan meredhai kita, jika ibu bapa tidak meredhai kita... Allah SWT tak akan memberkati kita, jika ibu bapa tidak memberkati kita... cuba bayangkan anak-anak kita tidak balik bersama kita di hari raya, adakah kita bergembira? cuma orang kurang siuman sahaja akan bertindak begitu... sebenarnya ibu bapa nampak ja tenang, tapi dihati cukup sedih... tiada kegembiraan melainkan air mata jika anak-anak tidak balik berhari raya bersama... renung-renungkan ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan