Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

5 Apr 2023

Nuzul Quran: Cahaya 114

UNITAR Staff Club (USC) hari ni mengelolakan tazkirah Ramadhan bertajuk Nuzul Quran: Cahaya 114... penceramah adalah Ustaz Mohd Noor Derus... 


apa yang boleh disimpulkan dari tajuk hari ini adalah mengenai pentingnya memahami makna Al-Quran... sememangnya kita dari kecil, belajar Iqra' bagi memahami perkataan dan bacaan mengikut tajwid... kemudian kita khatam membaca Al-Quran... begitu la dibaca berulangkali hinggalah sekarang... di kala Ramadhan, pakat khatam Al-Quran belaka... cuma 1 ja ketinggalan, faham maksudnya... adalah bagus bagi kita, mulai sekarang, membaca Al-Quran sambil memahami maksud melalui tafsir... kelak akan kita rasa betapa nikmatnya membaca Al-Quran, kerana kita faham isi kandungannya... masih belum terlewat... kalo belajar bahasa Arab lagi bagus, tapi kena rujuk tafsir juga, sebab ia dirungkaikan maksud oleh ulama-ulama besar dahulu kala... wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan