Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

16 Okt 2021

Jiwa Kena Kental

tujuan utama belajar adalah untuk persediaan menempuhi dunia pekerjaan... latihan industri di akhir pembelajaran adalah untuk melatih diri mengharungi dunia pekerjaan... tempoh adalah syarat, tak kira 3 bulan, 6 bulan, setahun... paling penting, manfaatkan masa latihan industri dengan menimba pengalaman dari mereka yang mahir dalam bidang tertentu... jangan sombong kerana anda bakal memiliki kelayakan yang bagus, sebab ia akan merugikan diri sendiri... dunia pekerjaan kelak adalah cukup mencabar, anda terpaksa bersaing dengan semua orang... jadi ingatlah, ambillah peluang untuk menimba pengalaman semasa latihan industri (walaupun lari bidang, yang penting anda memperolehi bidang baru - melatih untuk multi-tasking)... tak dapat elaun, bukan masalah besar, anda takkan kebuluran pun... bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian... nasihat saya, berlatih menjadi kuat, sebab anda pasti memerlukannya bila berkerjaya kelak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan