Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

3 Apr 2022

RRR (Rise Roar Revolt)

kisahnya pada tahun 1920-an, semasa British memerintah India, seorang anak gadis bernama Malli (Twinkle Sharma) dari puak Gond telah dibawa oleh isteri gabenor British (Alison Doody) ke kediaman mereka tanpa persetujuan ibu dan ayahnya...

bagi misi menyelamatkan Malli, pelindung puak, Komaram Bheem (N. T. Rama Rao Jr.) tiba di Delhi bersama orangnya... pemerintah Hyderabad telah diberi amaran tentang misi Bheem...

seorang polis yang berani, Sitarama Raju (Ram Charan) menawarkan diri untuk menangkap Bheem bagi mengejar jawatan tertinggi polis yang ditawarkan bagi sesiapa yang berjaya menahan Bheem... 

dalam pada itu, tanpa mengenali antara satu sama lain, Ram dan Bheem bekerjasama dalam usaha menyelamatkan seorang budak lelaki yang berada dalam situasi bahaya... mereka membina ikatan 'brotherhood' yang akrab, disebalik identiti palsu...

adakah kedua-dua misi Ram dan Bheem berjaya? apakah yang akan berlaku?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan