Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

22 Apr 2022

Rawatan Homeopathi 1

hari ni berkesempatan bertemu Dr Avanish Shukla, pengamal homeopathi di Global Homeopathy Centre, No 14, Jalan USJ 11/3J, 47620 Subang Jaya, Selangor... tapi kena buat temujanji terlebih dahulu...


tujuan utama adalah untuk mendapatkan rawatan bagi 3 serangkai iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi & kolesterol... ini adalah kerana saya ada keturunan bagi penyakit ni... teknik homeopathi adalah dengan mendapatkan segala maklumat kesihata, pemakanan, aktiviti jasmani & rohani dan sebagainya... jadi Dr Avanish telah memberikan ubat untuk dimakan bagi tempoh sebulan, di mana pertemuan selanjutnya, saya akan buat full blood test bagi mendapatkan bacaan tepat bagi semua organ dalaman... ada 4 jenis ubat diberi:

1. Ubat Kencing Manis - dititis 30 kali dalam segelas air, diminum pagi sebelum makan...
2. Ubat Kolesterol - dititis 20 kali dalam segelas air, diminum selepas makan malam...
3. Ubat Keturunan - 6 biji pada hari ni dan setiap hari Ahad... aturan, 2 biji... 15 minit makan lagi 2 biji... 15 minit makan baki 2 biji... makan waktu malam...
4. Ubat Mata - 1 titis mata kanan & 1 titis mata kiri sebelum tidur...

rawatan diberi adalah untuk memperbaiki masalah organ dalaman dahulu... cukup sebulan depan, akan terus dilihat dari ujian darah... kemudian diteruskan rawatan... saya sebenarnya mahukan rawatan susulan, tak kira la tempoh 3 bulan, 6 bulan atau setahun... yang penting masalah dalaman badan dapat dipulihkan... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan