Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

3 Apr 2022

Niat di bulan Ramadhan

sebahagian daripada niat-niat pada bulan Ramadhan yang mulia, terjemahan dari niat-niat dari Habib Umar b. Muhammad b. Hafidz...

aku berniat mendekatkan diri kepada Allah SWT pada bulan yang mulia ini dengan pelbagai pendekatan & menjadikannya ikhlas kerana Allah SWT & menjauhkan diri daripada niat selainNya...

aku berniat mengikut sunnah Rasulullah ﷺ dengan sempurna...

aku berniat menjaga solat berjemaah, solat terawihku & qiamulail pada setiap malam...

aku berniat menjaga waktu dengan zikir daripada Fajar hingga Isyrak & daripada Maghrib hingga Isya'...

aku berniat menghindar diri dari segala bentuk maksiat seperti penipuan, mengumpat, mengadu domba, sumpah palsu...

aku berniat mengurangkan waktu-waktu tidur pada bulan mulia ini...

aku berniat memperbanyakkan istighfar pada waktu sebelum Fajar, merendahkan diri & menyerahkan diri kepada Allah SWT...

aku berniat mendoakan umat Nabi Muhammadﷺ...

aku berniat memperbanyakkan sedekah...

aku berniat menjaga solat sunat Rawatib, solat sunat Dhuha, Witir dsbnya...

aku berniat memperbanyakkan mengingati Allah & membasahi lidah dengan zikrullah...

aku berniat mengurangkan banyak berkata-kata perkara yang tidak perlu...

aku berniat berbuat baik kepada ibubapa & ahli keluarga...

aku berniat bersilatulrahim & memberi pertolongan saudara seMuslim...

aku berniat menghentikan sesuatu yang menyusahkan sesama Muslim...

aku berniat menghindari perkara yang tidak diredhai Allah SWT & perbuatan yang makruh...

aku berniat memperbanyakkan bacaan Al-Quran & menghayati Al-Quran...

aku berniat berkhidmat pada orang-orang yang berpuasa, membantu mereka waktu berbuka puasa & bersahur moga Allah menulis bagiku ganjaran seperti mereka...

aku berniat berkhidmat pada zuriat keturunan Rasulullah ﷺ dgn pelbagai khidmat & aku berniat seperti niat diatas ini, atas niatnya Rasulullah ﷺ, niatnya para sahabat, niatnya para thabiin,niatnya para ulama & sholihin
 إلـى حـضـرة النــبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم ... الفاتحة

Tiada ulasan:

Catat Ulasan