Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

24 Apr 2022

K.G.F: Chapter 2

Rocky (Yash) diangkat menjadi pemimpin baru lombong Kolar Gold Fields dan memanggil sekutu Suryavardhan (Ramesh Indira) untuk mesyuarat pertama mereka...

seperti bermain catur, Rocky bermain dengan caranya dan musuhnya dengan rancangan mereka... demi membina kekuatan, Rocky harus membina tenteranya sendiri...

berita Adheera (Sanjay Dutt) yang masih hidup dan ingin menakluki K.G.F sampai kepada pengetahuan Rocky... Rocky menyiapkan tenteranya di beberapa lokasi di lombong bagi mengekang pencerobohan Adheera... 

Rocky bukan saja perlu berdepan dengan Adheera dan bala tenteranya, malah Rocky harus menentang kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri Ramika Sen (Raveena Tandon) yang memburunya sebagai penjenayah nombor satu negara yang paling dikehendaki...

apakah yang akan Rocky lakukan untuk mengekalkan rentaknya?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan