Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

18 Jun 2022

Alumni KSAH 94

Alhamdulillah, inilah julung kali batch 94 mengendalikan majlis Alumni di Paddock Lounge, Bukit Kiara Equestrian Country Club, Kuala Lumpur... walaupun ada yang tak hadir atas sebab-sebab tertentu, namun jumlah kehadiran adalah satu permulaan yang bagus... tahniah buat pengendali majlis...




majlis dimulai dengan nyanyian lagu keramat kami iaitu KSAH Alma Mater... mujur lah masih ingat lagi lirik, walaupun dah 28 tahun tak nyanyi...







tiba masanya untuk tontonan montaj dari pengendali majlis... mengimbau kenangan masa dulu...





masa untuk menikmati buffet yang disediakan... bayaran dikenakan sebanyak RM70 seorang, saya tak kisah pun, yang penting dapat bertemu rakan-rakan semua...



sekali nama disebut, rupanya dapat hadiah cabutan bertuah... 



makan pun tak la banyak sangat, sebab borak punya pasal... habis keluar cerita dulu-dulu... dapat berjumpa rakan sekelas dari Tingkatan 1 hingga 5 di Kolej Sultan Abdul Hamid... 




akhir majlis, kami bergambar mengikut persatuan & rumah... bermula dengan Sea Scout...




diikuti dengan rumah Gurney iaitu rumah Hijau...



penutup tirai majlis adalah gambar beramai-ramai... terbaik!!!


tahun 2024 adalah istimewa buat kami kerana diberi penghormatan mengendalikan reunion di Kolej Sultan Abdul Hamid... giliran 30 tahun... panjang umur, Insya Allah akan bertemu kembali...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan