Chào mừng maksudnya Selamat Datang... kami sampai di lapangan terbang Tan Son Nhat (SGN) pukul 7 malam... merupakan lapangan terbang tertua dan tersibuk di Vietnam, beroperasi sejak zaman kolonel Perancis sebagai lapangan terbang tentera... SGN telah melalui pelbagai pengubahsuaian, termasuk pembinaan Terminal Antarabangsa yang baru pada tahun 2007 dan Terminal Domestik yang baru dibuka pada April 2025 untuk menyokong penerbangan domestik... ini bermakna SGN mengendalikan 2 terminal serentak...
terus terang, dari pengalaman kami, beratur di kaunter imigresen mengambil masa 45 minit... ramai yang komen benda sama... tetapi jika nak cepat, kena bayar Dong 800 ribu melalui laluan pantas... jadi boleh la disimpulkan antara sebab kelewatan senang ja, guna la laluan pantas... tu namanya strategi menambah pendapatan imigresen mereka...
kami terus ke hotel dengan menaiki grab... perjalanan mengambil masa 45 minit... kami menetap di Vilion Boutique Hotel, no bilik 403... mandi, solat, terus kami ke Malaysian Street, 10 minit berjalan kaki dari hotel...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan