Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

6 Sep 2025

Mekong Mỹ Tho

kami memasuki lebuhraya ke destinasi seterusnya... sepanjang perjalanan, didapati banyak kubur di kawasan persendirian... pemandu pelancong kami, Isa menyatakan tujuan utama adalah ingin mengingati jasa si mati di tanahnya, secara tidak langsung tidak akan ada berlaku pindah milik harta kepada orang lain... 


perjalanan kami ke bandar Mỹ Tho, di mana sejarahnya diasaskan oleh pelarian Cina selepas kejatuhan saki-baki Dinasti Ming pada tahun 1683 kepada Dinasti Qing... bandar ini diberi nama sempena sungai Mỹ Tho... ia merupakan pintu masuk ke delta Mekong, menjadikan ia sebagai pusat komersial di Vietnam Selatan... ia diiktiraf sebagai bandar gred 2 pada 7 Oktober 2005...

persinggahan pertama kami di bandar ini adalah semestinya tempat hentian pelancong iaitu Mekong Mỹ Tho...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan