hari ni kami melancong di persekitaran Sungai Mekong melalui Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Aaminn...
van mengambil 6 penumpang di Malaysian Street... 3 dari 1 keluarga, ayah dari Brunei, mak dari Singapura dan anak dilahirkan di Malaysia... lagi 3 merupakan doktor pergigian di Kuala Lumpur... kami menaiki van pukul 8 pagi... akhir sekali van mengambil 2 penumpang iaitu pasangan suami isteri dari Manjung PERAK, suami bernama Aziz, isterinya nama Ogy (rupanya sama belajar di UIA dengan Naja & Sue, sebaya)...
Pemandu pelancong menceritakan mengenai sejarah bandar Ho Chi Minh... pada asalnya bernama Saigon, bandar yang menjadi pusat pentadbiran kolonial Perancis pada abad ke-19, diubah menjadi bandar kosmopolitan moden - jalanraya yang luas, gabungan budaya yang meriah dan seni bina kolonial...
selepas berakhirnya perang Vietnam (penyatuan Vietnam utara dan selatan) pada tahun 1975, Saigon ditukar nama ke Ho Chi Minh, sebagai penghormatan kepada pemimpin gerakan Viet Minh yang mengalahkan kekuasaan Perancis pada tahun 1954... nama asal pemimpin itu adalah Nguyễn Sinh Cung (1890-1969), ikon komunisme dan simbol kemerdekaan Vietnam... beliau adalah seorang ahli idealogi Marxisme-Leninisme dan memimpin Parti Pekerja Vietnam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan