Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

14 Sep 2025

Kem Wawasan & Warisan Alawiyin

program hari ni dimulai dengan kem khas buat muda mudi untuk mengenali dan memahami Alawiyin, dikendalikan oleh Syabab Jerang...






13 Sep 2025

Maulid Masjid Kampung Jerang

6:30 petang - bacaan kitab maulid dan qasidah

Solat Maghrib

Majlis Bermula
  • kata aluan pengerusi majlis - YB Dato' Jalal
  • bacaan ayat Al-Quran
  • bacaan selawat
  • ceramah maulid
Solat Isya

Jamuan:
  • nasi hujan panas - Pak Tam Jalal
  • nasi dagang - Yusuf Bin Derisa
  • nasi minyak - Kheidar
  • nasi putih, ikan patin, sambal bilis hitam - Norsyamsuriati
  • laksa - Pak Jan
  • kuih muih - Hamidah
  • buah-buahan - Ustaz Fauzar
  • ais krim - Kak Hasnah
  • minuman - keluarga Kak Rusni










7 Sep 2025

Urutan Kaki

selesai ja makan, sesi membeli-belah terakhir dilaksanakan hahaha kali ni saya beli cenderamata buat kakitangan FOB... memandangkan kaki dah lenguh, kami berdua rehat untuk urutan kaki selama sejam, cuma Dong 160 ribu... Naja dan Sue seperti biasa, membeli-belah habiskan Dong... memang puas hati urutan, 15 minit akhir, urutan bahu belakang... kami bagi tips Dong 60 ribu seorang... 



sampai ja hotel, Naja buat urutan facial dan Sue urutan kaki sejam di hotel... malam ni, kami laksanakan tugas susun barangan belian di dalam beg bagasi... 

Halal Amin

selesai ronda keliling Ho Chi Minh ala-ala gerimis mengundang, kami pun berjalan ke Malaysia Street... masa untuk makan malam, kami ke Halal Amin... kat sini, sedap... ada la rasa pedas seperti yang diminta... 


Hop-On Hop-Off

jarak dari hotel ke tempat menaiki Hop-On Hop-Off Saigon adalah sejauh 1.5 kilometer (20 minit berjalan kaki)... memandangkan hujan gerimis, kami menggunakan perkhidmatan Grab... 


















Restoran Jamilah

dari Saigon Square, jalan kaki sahaja ke sini... jangan naik Grab ya, nanti kereta bawa jalan jauh hahaha... restoran ni memang viral di TikTok, terletak di Malaysian Street... selesai membeli-belah, kini masa untuk makan tengahari... saya cuma ambil nasi goreng ayam... jika tanya pandangan saya mengenai makanan di sini, kurang sedikit... minta maaf ya, mungkin citarasa saya tak sama dengan orang lain... tapi ini pandangan saya, jadi tak perlu la ambil kira ya... harga memang mahal skit, sebab kadar sewaan yang tinggi dikenakan oleh pihak majlis di sana... saya ni, walaupun rasa kurang sedikit, tapi saya tetap habiskan makanan... 


Saigon Square

jarak dari pasar tadi ke sini sejauh 7.9 kilometer (30 minit berjalan kaki)... Grab diperlukan, lagi pun hujan renyai... semalam dah masuk sini, terus terang barangan di sini berkualiti dan boleh dikurangkan... tetapi kalau sudah diletakkan harga rendah (tidak boleh dikurangkan), jangan sesekali minta lagi rendah... memandangkan esok dah nak balik, hari ni kami membeli-belah di sini... banyak pilihan di sini... semalam dah pun tinjau, sekarang kami terus sahaja ke tempat yang memenuhi kehendak kami... tak perlu ambil masa lama di sini... itu lah gunanya window shopping dulu...


Chợ Bình Tây

jarak dari kafe ke sini adalah sejauh 2.3 kilometer (32 minit berjalan) - Grab hahaha... Pasar Binh Tay ini didirikan oleh seorang pedagang kaya Tiongkok bernama Quach Dam yang menggantikan pasar lama yang sempit... pelbagai jenis dijual di sini, ada buah-buahan, sayur-sayuran, produk tempatan dan luar negara dan lain-lain, harga boleh ditawarkan... cuma bagi saya, jika nak beli borong amat sesuai... 


Cộng Cà phê

jarak kafe ini dari Pejabat Post adalah sejauh 1.6 kilometer (22 minit berjalan)... Grab diperlukan untuk ke sana... kafe yang beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 10:30 malam ini diasaskan pada tahun 2007 oleh Linh Dung, seorang artis persembahan... ilham timbul berdasarkan memorinya di zaman kanak-kanak sebagai warisan budaya Vietnam... kini kafe ini mempunyai sebanyak 80 cawangan termasuk di Malaysia dan Korea... 








salah satu tarikan kafe ini adalah kerana lokasinya berhadapan dengan tempat tarikan pelancong iaitu rekabentuk Gereja Tan Dinh atau dikenali sebagai Gereja Pink yang dibina pada 16 Disember 1876... di beranda tingkat 2 kafe ini adalah lokasinya bergambar para pengunjung...