Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

25 Mei 2021

Karnan

kisahnya bermula dengan perselisihan faham di antara dua desa iaitu Podiyankulam dan Melur yang penuh dengan kebencian serta tiada penghujungnya... masalah terbesar adalah perebutan penggunaan kemudahan awam yang ada hanya pada salah satu kampung tersebut...

Karnan (Dhanush) seorang pemuda yang panas baran dan juga tidak disukai oleh sesetengah orang kampung... sikap panas baran Karnan menambahkan lagi api bara di antara dua desa tersebut...

satu insiden telah berlaku membabitkan Karnan serta beberapa orang yang lain... orang tua di Podiyankulam yang turun ke balai polis telah ditindas dan dipukul pihak polis... setelah mengetahui apa yang berlaku, Karnan telah menyerang balai polis tersebut...

Karnan bersatu dengan warga desanya menanti apa jua yang bakal melanda... mereka memperjuangkan apa yang mereka tiada selama ini...

apakah yang bakal berlaku? bagaimana pula nasib Karnan? bolehkah warga desa Podiyankulam hidup dengan aman?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan