Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

4 Dis 2022

Kursus Protokol Pengurusan Majlis (Online) - Siri 1

hari ni, saya sebagai pengarah majlis mengelolakan Kursus Protokol Pengurusan Majlis di laman MS Team UNITAR... 


untuk sesi ini, pembayaran kepada Penceramah telah dibayar oleh Tuan Haji Syed Faozi Barakbah Bin Tun Syed Sheh Barakbah... tiada bayaran dikenakan kepada warga kerja UNITAR... cuma RM50 dikenakan kepada pihak luar... Alhamdulillah, seramai 25 peserta luar mengikuti kursus ini... 

Siri 1 ini menekankan mengenai Protokol Raja-Raja... ia merangkumi giliran YDPA, kata sapaan, panggilan hormat kerabat, menjunjung duli, bahasa istana, susunan bendera negeri, tatacara pemakaian dan sebagainya... moderator pada hari ini adalah Cik Rohaizah, pensyarah kanan FBT UNITAR... 


penceramah akan memberi penerangan mengenai Protokol Raja-Raja bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi...









penceramah merupakan Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela (Khas untuk Penyandang), skim Pegawai Tadbir & Diplomatik, gred M48... 




















rehat bermula dari pukul 11 pagi hingga 11:30 pagi... Tuan Haji Sophian bin Ab Rahman, J.S.D, A.D.K, B.S.K, K.M.W, A.M.N, A.M.K memulakan sesi selepas rehat untuk sesi soal jawab... yang menariknya, beliau memohon peserta WhatsApp terus kepadanya, bagi memudahkan menjawab persoalan yang dihantar...




kami mengakhiri kursus pada pukul 1 petang dan bersama-sama dalam kenangan melalui sesi fotografi...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan