Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

16 Nov 2022

Personal Branding

hari ni saya ditugaskan untuk membaca Doa untuk aturcara Personal Branding yang dikendalikan oleh team Marketing Department FBT...


inilah doa yang saya baca pada hari ni: 

sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai... jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit, lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami...

ya Allah ya Rahman ya Rahim... Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan majlis bertajuk Penjenamaan Peribadi pada hari ini... sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba-Mu yang Engkau redhai...

justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini... kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu, sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu, semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya...

ya zal jalali wal ikram... kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat... semoga dengannya, kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara...

ya Allah, show us guidance, and adjust our path and ways, to achieve happiness and glory... let us listen to people who like the good things... let us avoid doing the bad and evil things... ya Allah, blesses our life in this Personal Branding Talk and gathering, and prevents us from harm and unfortunate events...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan