Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

28 Apr 2019

Kerinduanku

arwah MAK dulu memang rajin puasa Rejab - Syaban - Ramadhan - Puasa 6 Syawal... Allahyarhamah pernah Ramadhan di Makkah... Ya Allah, seronok hati ini bila dapat bertemu kelibat arwah MAK di hadapan Kaabah sebelum ke Arafah... keseronokan hingga menitiskan air mata... bau badan arwah MAK menghilangkan kerinduan... walaupun sekejap, diri ini merasakan cukup lama sangat melihat arwah MAK... "MAK, Munir nak amalkan sepertimana yang MAK buat dulu"... itulah niat setelah kelibat arwah MAK hilang dari mata... Ya Allah, Engkau telah perkenankan permintaan hambaMu ini untuk bertemu arwah MAK walaupun sedetik... seronok sangat hati ini, dapat berkhidmat dengan WALID & bertemu arwah MAK di rumahMu... terima kasih Ya Allah kerana Memilih hambaMu ini menjadi tetamuMu... Allahu Akbar...

 
Al-Fatihah Allahyarhamah Che Mariam Binti Ahmad (1943-2003)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan