Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

15 Ogo 2019

Liverpool Juara Piala Super UEFA 2019

Sadio Mane muncul wira Liverpool (jaringan min 48) apabila memadamkan kelebihan Chelsea hasil jaringan Olivier Giroud (min 36) untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan... Kemudian Mane meletakkan skuad kendalian Jurgen Klopp di depan (min 95) sebelum pengadil wanita Stephanie Frappart memberikan sepakan penalti kepada Chelsea selepas Abraham dijatuhkan Adrian... Jorginho menyempurnakan sepakan (min 101) untuk mengikat Liverpool 2-2. 

penjaga gol simpanan Adrian muncul wira apabila kejayaannya menafikan sepakan penalti Tammy Abraham membolehkan Liverpool menewaskan Chelsea 5-4 dalam penentuan penalti, sekali gus memenangi Piala Super UEFA selepas permainan terikat 2-2 di Istanbul... ke semua sepakan penalti berjaya disempurnakan sebelum Mohamed Salah mengambil sepakan kelima Liverpool di laman Besiktas... pemain gantian Abraham kemudian menyaksikan sepakannya diselamatkan Adrian, pemain yang baru ditandatangani ketika musim panas & mendapat peluang beraksi akibat kecederaan Allison Becker... ia adalah kemenangan keempat Liverpool dalam pertandingan ini, kali terakhir pada tahun 2005  selepas kejayaan Liga Juara-Juara sebelumnya, juga di Istanbul...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan