Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

29 Jul 2018

Jadual di Mekah - Maktab 76

semasa di Madinah, kami digelar sebagai kumpulan KT09 yang membawa maksud penerbangan Kapal Terbang yang ke 9 dari Malaysia... apabila sampai di Mekah, baru lah kami digelar sebagai kumpulan Maktab 76... untuk maktab ni adalah lokasi hotel & dicampurkan dengan kumpulan KT yang berbeza... 

masa kami sampai, bilik masih banyak yang kosong... seperti biasa, lift tak la penuh... tapi tak apa, kali ni bilik kami di tingkat 2, tak seperti di Madinah dulu, tingkat 7...  bermakna turun 2 anak tangga sahaja ke Surau... lagi 1 anak tangga ke ruangan kantin... turun lagi 3 anak tangga akan ke lobi, bermakna antara 3 anak tangga tu, disediakan dobi & tempat sidai baju... 2 tingkat muslimah, 1 tingkat muslimin... cara penyusunan bilik, yang awal akan penuhkan tingkat 1, diikuti tingkat yang berikutnya... 

bermula hari ini hingga lah sebelum berangkat ke Arafah, rutin biasa solat fardhu berjamaah di Masjidil Haram... waktu Subuh, Zohor & Asar, pergi balik... ini adalah kerana untuk ambil makanan tengahari & malam untuk Walid & Umi... kemudian untuk Maghrib hingga Isya, baru balik maktab... 

setiap langkah ke sana pergi balik, besar ganjarannya... 1.2 km x 8... bermakna sehari saya berjalan sejauh 9.6 km... betul-betul fit... kat Malaysia, jarang nak dapat konsisten macam ni... 

malam ni, petugas Tabung Haji akan mengelolakan taklimat pengurusan mengenai Maktab 76, diikuti ceramah bertajuk sejaran Mekah... akhirnya kami akan diberi penilaian mengenai Umrah yang dilaksanakan, adakah mengikut rukun atau tidak... bagus Tabung Haji ni...

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan