Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

31 Mei 2025

Gua Kota Gelanggi

Gua Kota Gelanggi (dipercayai berusia 150 juta tahun) terletak kira-kira 30 kilometer dari Jerantut dan ia sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri yang cintakan kedamaian serta keindahan alam semulajadi... asal usul nama Gelanggi berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio... melihatkan struktur batu batannya, Gua Kota Gelanggi mungkin pernah menjadi perkampungan terutama kedudukannya berhampiran dengan sungai Gelanggi yang dipercayai menjadi jalan perhubungan masa lampau... dalam Gua Kota Gelanggi terdapat tujuh gua yang dahulunya kota iaitu Kota Tongkat, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Rehut, Kota Jin dan Kota Kepayang yang membawa maksud negeri-negeri berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu...