Cardiac
- Munir Baragbah
- Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah
4 Jan 2025
Solat Maghrib
tugasan hari ni, azan oleh Hakimi, Imam diketuai oleh Ibrahim... Ratib Al-Attas oleh Ali, Tazkirah oleh Haziq & Shakirin...
Makan Rehat
masa untuk makan, berehat, simpan tenaga... lepas solat Zohor (di azan oleh Haziq, diimam oleh Helmi) kembali beraksi di kolam renang... ada yang nak bergambar di pantai...
Sukaneka
acara sukaneka dikendalikan oleh Kak Ju bersama anak dara... kategori bawah 17 tahun, terdiri daripada 4 kumpulan... kumpulan 1 - Azim, Agil, Yusuf, Mimi dan Zara... kumpulan 2 - Haziq, Hassan, Fatah, Abyana dan Hana... kumpulan 3 - Fagih, Kimi, Furqan, Nadiah dan Khadeeja... perlawanan pertama (straw botol), kedua (belon keretapi), dan ketiga (cawan air)...
bagi kategori atas 17 tahun, perlawanan berdasarkan cari makna siapa yang laju...
bagi kategori veteran, tajuk perlawanan adalah bertemakan semakin jauh, semakin sayang...
Beramai-ramai
ada yang tak lengkap dalam gambar ni... ada yang belum bangun tidur, ada yang kayuh basikal, ada yang bersiap nak kerja... inilah gambar yang ada sebelum sukaneka bermula...
Selamat Pagi Melaka
tugas berikutnya, azan dari Hassan, Imam dan Wirdatul Latif diketuai oleh Ali, tazkirah disampaikan oleh Haidar mengenai solat sunat...
3 Jan 2025
Di Malam Hari
tugasan hari ni, azan dikemundangkan oleh Azim, diimamkan oleh saya sendiri... ramai keluarga belum sampai lagi... sepatutnya kena sampaikan tazkirah... digantikan oleh doa...
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah...
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak kami, dosa saudara-mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat...
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat... jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu... jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah... Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu...
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
ikhlaskan hati anak kami di sini untuk mempelajari ilmu Mu... tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana Mu ya Allah...
Ya Allah,
kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka memahami apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas... lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah...
Ya Allah,
meraka yang bakal menduduki peperiksaan UPKK, semester, awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun pada tahun ini, kami mohon kepada Mu Ya Allah, bantulah mereka dalam menjawab peperiksaan ini Ya Allah...
Ya Allah,
peliharalah kesihatan mereka di hari peperiksaan... permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan... berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan... dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan...
Ya Allah Ya Tuhan kami,
lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan mereka nanti... dorongkanlah hati mereka untuk memberi markah yang lebih kepada mereka... tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang mereka lakukan...
Ya Allah,
berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka... mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu...
Jadikanlah mereka menjadi pelajar yang cemerlang Ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat... kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak mereka...
jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik... tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka...
Ya Allah, jadikanlah mereka seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa...
Ya Allah,
apa yang kami doakan ini bukan untuk diri mereka sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk semua Ya Allah... berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat...
Ya Allah,
sesungguhnya, mereka inilah harapan kami... kami mahu mereka berjaya Ya Allah... kami mahu mereka mengubah nasib keluarga mereka Ya Allah... berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan Ya Allah...
Ya Allah,
Jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah Ya Allah.. yang menyejukkan mata kami memandangnya Ya Allah... jadikanlah mereka ahli syurga Ya Allah.. dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu Ya Allah...
jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah... tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat... janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ya Allah...
Ya Allah,
kami tidak mampu untuk mengawasi mereka setiap waktu Ya Allah... kami serahkan mereka untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah.. gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai... dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai...
Ya Allah,
perkenankanlah doa-doa kami ini... kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah Tuhan kami.. kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami... kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa-doa kami ini..
jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya... jika EngKau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya... bantulah kami Ya Allah...
Villa D'Kuala Melaka
bergerak dari Jelebu pukul 12:30 tengahari... berhenti solat Jumaat di Kuala Pilah... ikut jalan dalam (melalui Waze), singgah sekejap beli pisang goreng, sampai destinasi pukul 3:15 petang... password wifi D'Kuala_1...
Langgan:
Catatan (Atom)