Cardiac

Foto saya
Berkahwin dengan Najahah Benyahya, mempunyai 2 cahaya mata, Azim Danial Baragbah dan Abyana Baragbah

30 Okt 2024

Saringan Akhir Tilawah

hari ni merupakan Saringan Akhir Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sembilan bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Seremban... peserta semua bukan calang-calang, rata-rata merupakan anak bekas qari dan qariah, ada pulak yang mengikuti kelas tilawah... walaupun Abyana tidak berjaya melepasi saringan akhir hari ini, yang penting dapat menimba pengalaman dan memupuk keyakinan untuk Abyana berada di pentas pertandingan...





27 Okt 2024

Nasi Daging Dulang Berasap

kedai ni terletak di lot 7862, Jalan 4 Rizab Balai Raya, off Jalan Rizab Deraman, Kampung Bukit Hijau, Jeram... dah viral kat Tik Tok pulak tu... kami berdua pun cuba pekena kat sini... saya ambik laksa, isteri pulak ambik nasi daging... memang sedap, cuma laksa tu kena adjust skit rasa, kurangkan manis ja...


26 Okt 2024

Red Manja

Red ni memang manja dari kecil lagi... balik rumah ja, Red siap tunggu kat pintu... mesti nak kena belai setiap hari... 


23 Okt 2024

Save the Ocean

hari ni program BBA mengendalikan USR di peringkat FBA di Pantai Bagan Lalang... semua pelajar Training & Development dan Corporate Social Policy saya antara pelajar yang bersama-sama dengan menaiki Bas UNITAR... saya bawa kereta dengan Hazezul... Alhamdulillah program berjalan dengan lancar...

















Tingkatan 1

hari ni Ustazah kongsikan gambar rakan sekelas Abyana di sekolah... 



19 Okt 2024

Makan Kek

malam ni buat majlis kecil-kecilan hari kelahiran Abyana dengan Furqan sekali... dah nama belated... 


Mandi-Manda

lepas ja selesai gotong-royong kemaskan kubur Tok Umi, terus budak-budak ni ke sungai berdekatan... apa lagi, seronok la masing-masing sesama sepupu... 





Kemaskan Kubur Tok Umi

hari ni anak-anak gotong-royong kemaskan kubur Tok Umi... buat para sebelum diletakkan batu di kemudian hari...







MyKori Bahau

hari ni bawa budak-budak perempuan ke Bahau... sekali beli kek untuk meraikan hari jadi bersama Abyana dengan Furqan malam ni...






18 Okt 2024

Puteriku

Abyana ni memang manja sangat dengan Walid dia ni... itu la selalunya, anak lelaki akan rapat dengan Mama, anak perempuan akan rapat dengan Walid... 


16 Okt 2024

Sanah Helwa Abyana

hari ni Abyana meraikan hari kelahirannya di asrama bersama rakan sekelasnya... terima kasih ustazah kerana menganjurkan majlis ini...


13 Okt 2024

Selamat Tinggal Madinah

Alhamdulillah selesai Umrah kami berdua untuk tahun ini... terima kasih Ya Allah, kerana menerima kami sebagai tetamu-Mu... kami bersyukur kepada-Mu, mudah-mudahan kami dapat menjadi tetamu-Mu lagi bersama-sama anak kami...